R

RAPISZAL RUSLI

3 anni fa

Selama lebih lima dekad, radio teleskop Arecibo ya...

Selama lebih lima dekad, radio teleskop Arecibo yang terletak di Puerto Rico adalah yang terbesar di dunia. Tetapi selepas 57 tahun beroperasi, ia diumumkan akan ditutup selama-lamanya kerana kerosakan struktur yang terlalu serius.
Pada bulan ini kabel pada teleskop terputus mengakibatkan lubang sebesar 30 meter terbentuk. Ketika proses baik pulih ingin dilakukan, jurutera mendapati beberapa struktur lain tidak stabil sehingga diramalkan akan runtuh pada bila-bila masa. Oleh sebab itu keputusan diambil untuk menutup terus Arecibo dan merobohkan keseluruhan struktur.

Tradotto

Commenti:

Non ci sono commenti